Apple turunkan pengeluaran iPhone SE dan beberapa produk lain

Digital
29 Mar 2022 • 10:40 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple dilaporkan telah mengarahkan kontraktor-kontraktor pengeluaran iPhone SE mengurangkan output sekitar 20% ataupun sehingga 3 juta daripada biasa. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut.

Antaranya adalah ketegangan Ukraine-Rusia yang berlanjutan memberi impak pada inflasi, ditambah pula dengan langkah Apple menghentikan penjualan produk Apple di pasaran Russia. Selain itu, mereka turut jangkakan yang model ini tidak akan laku keras berdasarkan data prestasi dua generasi iPhone SE yang terdahulu.

image is not available

Bukan setakat iPhoe SE sahaja yang diturunkan pengeluaran, AirPods dan barisan iPhone 13 juga diturunkan pengeluaran.

iPhone SE (2022) diumumkan Apple awal Mac 2021 yang lalu. Ia masih membawakan rupa paras iPhone 8 tapi telah menaik taraf cip pemproses kepada Apple A15 Bionic. Hasilnya ia menerima beberapa ciri baharu pada kamera dan lebih penting, kini menyokong rangkaian 5G.

Lain-lain spesifikasi masih dikekalkan seperti paparan LCD 4.7" HD+ dengan Touch ID di bahaigan dagu. Kamera depan dan belakang pun masih sama iaitu kamera 7MP dan kamera 12MP.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan seunit iPhone SE, ia sudahpun mula dijual 25 Mac 2022 lalu.Berikut adalah harga jualannya di Malaysia:

  • iPhone SE 64GB RM2,099
  • iPhone SE 128GB RM2,299
  • iPhone SE 256GB RM2,799

Sumber: NikkeiAsia

Bacaan berkaitan