Kononnya Disamun Dan Diperkosa Bergilir-Gilir, Wanita Buat Laporan Palsu Didenda RM2k

24 Mar 2022 • 8:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini kami melaporkan bahawa terdapat seorang wanita warga asing berusia 20 tahun membuat laporan polis palsu kononnya disamin dan diperkosa bergilir-gilir.

Menurut laporan Harian Metro, wanita yang merupakan warga Jepun penuntut kolej swasta itu didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 182 kanun keseksaan dan jika sabit kesalahan suspek berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini pihak polis telah menerima satu laporan daripadanya yang mendakwa telah disamun dan dirogol lima lelaki warga Afrika ketika berada di tepi jalan Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan Selangor.

Benda tak jadi dah kenapa nak buat laporan polis, kalau betul-betul jadi perkara sebegitu nanti baru ada akal agaknya..

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved