
Kota Kinabalu: Kumpulan Yayasan Sabah melalui syarikat milik penuhnya, Kristal Handal Sdn. Bhd. menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Korrich Holdings Sdn. Bhd. untuk menyumbang kepada pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah dengan meneroka pasaran baharu di Korea Selatan.
MoU tersebut ditandatangani pada Rabu di Menara Tun Mustapha, di sini.


