“Hidup Sebagai Pemain Bola, Bila Menang Semua Indah Kata-Kata”

29 Mar 2022 • 3:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Susulan kekalahan pasukan kebangsaan ke atas Singapura Sabtu lalu, Aidil Zafuan Abdul Radzak menjadi mangsa cemuhan apabila dia dipersalahkan.

Malah, ada penyokong bola sepak yang bertindak keterlaluan dengan menyunting wajah Aidil menyamai muka pemain Manchester United, Harry Maguire.

image is not available

Difahamkan, Harry Maguire adalah pemain antarabangsa yang sering dikritik gara-gara kerap melakukan kesilapan mudah.

Perkara itu telah mendapat perhatian adik beradik kembar Aidil Zafuan sendiri iaitu Zaquan Adha. Menerusi satu hantaran di Instagram, Zaquan menyifatkan itu adalah hakikat sebenar pemain bola sepak yang hanya dipuji apabila menang. Apabila kalah pula, ada yang sampai edit muka.

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut meninggalkan komen di hantaran itu mempertahankan Aidil Zafuan.

image is not available

Menurut TMJ, pemikiran segelintir penyokong bola sepak kini masih berada di tahap yang rendah. Mereka seolah-olah lupa pengorbanan dan kejayaan setiap pemain yang pernah mewakili negara.

Terdahulu, penyokong menuduh Aidil lambat menutup ruang sehingga membolehkan pemain Singapura, Ikhsan Fandi menjaringkan gol.

Kredit: Instagram Zaquan Adha | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article