Tular penyokong KL City, Selangor 'beraksi' luar stadium

5 Mar 2022 • 8:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KEHANGATAN derbi Lembah Klang, Kuala Lumpur (KL) City menentang Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras yang berakhir dengan keputusan seri 3-3 tidak hanya berakhir selepas perlawanan.

Kegagalan The City Boys kendalian Bojan Hodak dan The Red Giants dipimpin Michael Feichtenbeiner menoktahkan pencarian pemenang pusingan pertama menyaksikan tular aksi masa tambahan dalam kalangan segelintir dipercayai penyokong-penyokong kedua-dua pasukan selepas perlawanan.

Ini berikutan tindakan segelintir pemain ke-12, The City Boys dan The Red Giants memuktamadkan pencarian status Raja Lembah Klang di luar pekarangan stadium selepas perlawanan.

Untuk rekod ini merupakan siri kekecohan kedua melibatkan pemain ke-12 yang berlaku musim ini selepas insiden pertama berlaku di Stadium Sultan Ibrahim setelah berakhirnya perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang KL City pada Sabtu lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved