Zoom Perkenal Avatar – Membolehkan Anda Menyertai Panggilan Video Sebagai Watak 3D Kegemaran

TechnologyDigital
23 Mar 2022 • 7:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Zoom merupakan salah satu perisian yang popular untuk tujuan panggilan video dan telesidang. Terbaru, Zoom menambah sebuah ciri baharu yang dinamakan sebagai Avatar.

image is not available

Melaluinya, ia mengubah paparan wajah pengguna dengan kesan khas watak 3D pilihan – dan mimik pada gerakan dan ekspresi wajah pengguna. Zoom membolehkan anda memilih watak 3D kegemaran, dan seterusnya menyertai mesyuarat, panggilan video atau sesuatu telesidang meggunakan watak tersebut.

Ciri baharu ini diperkenalkan melalui Zoom versi 5.10 untuk Windows, Mac dan iOS.

Dengan langkah ini, anda boleh menyertai sesuatu panggilan telesidang tanpa perlu memperlihatkan wajah sebenar. Ia juga mungkin salah satu titik permulaan dalam Zoom turut menyediakan penawaran mereka untuk arena metamesta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved