Gigi Hadid Derma Gaji Minggu Fesyen Kepada Ukraine Dan Palestin

11 Mar 2022 • 8:41 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Supermodel terkenal, Gigi Hadid membuat keputusan mendermakan wang gaji sempena minggu fesyen musim luruh 2022 yang lalu untuk mangsa perang Ukraine dan juga Palestin. 

Minggu fesyen kali ini berlangsung sewaktu krisis peperangan yang melanda negara Ukraine akibat diserang Russia. Turut sama bergelut dengan peperangan Palestin yang merupakan negara kelahiran bapanya. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Gigi Hadid (@gigihadid)

“Jadual kerja bulan fesyen untuk saya dan rakan-rakan model yang lain berlangsung sewaktu saat memilukan dan penuh trauma dalam sejarah. Kami tiada kuasa untuk mengawal jadual kerja kami tetapi kami suka untuk berjalan di pentas untuk sesuatu yang bermakna. 

"Saya akan mendermakan wang pendapatan sepanjang minggu fesyen musim luruh 2022 ini buat mereka yang sedang menderita akibat perang di Ukraine dan buat mereka yang masih bergelut akibat peperangan di Palestin.

"Mata dan hati kita perlu dibuka di atas semua ketidakadilan terhadap manusia. Semoga kita semua melihat satu sama lain sebagai saudara melebihi politik, bangsa dan agama kerana akhirnya nyawa yang tidak berdosa harus menjadi mangsa peperangan, bukannya pemimpin,” tulisnya di bahagian kapsyen. 

image is not available

Usaha murni Gigi itu mendapat sokongan dan pujian daripada peminat di seluruh dunia kerana tidak melupakan mereka yang sedang menderita akibat peperangan. - Getaran, 11 Mac 2022

Gambar : Vogue Arabia