Pengambilalihan Perak FC: IMC sudah bincang dengan pihak berminat

Football
18 Mar 2022 • 8:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENGURUSAN Perak FC masih menunggu Surat Tunjuk Minat (LOI) daripada pihak yang diberitakan berminat untuk mengambil alih kelab Liga Premier berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah berkata, buat masa ini Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd yang juga sebagai pemilik Perak FC masih belum menerima sebarang maklumat daripada mana-mana pihak.

“Kami masih menunggu surat berkenaan (LOI). Saya akui memang ada pihak yang menyatakan berminat mengambil alih Perak FC tetapi seperti saya kata tadi, kami masih tunggu LOI daripada mereka.

“Prosedurnya sama macam seperti ketika IMC ambil alih Perak FC daripada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA). Kami tunggu mereka serahkan LOI, kemudian kami akan buat due diligence bagi pastikan pihak berkenaan memiliki kewangan yang kukuh.

“Kemudiannya, kami akan melaporkan kepada pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Setelah mendapat kelulusan MFL, barulah kami akan teruskan dengan proses ambil alih tersebut,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Sejak beberapa hari lalu, berita berhubung Perak FC yang dikatakan bakal mendapat pemilik baharu hangat dibincangkan peminat skuad The Bos Gaurus itu di laman sosial.

Dalam pada itu, Muhammad Yunus berkata, tidak boleh mendedahkan identiti pihak berkenaan biarpun mengakui perbincangan sudah diadakan sebelum ini.

“Memang sudah ada perbincangan, cuma kami belum dapat LOI daripada mereka. Jadi saya tak boleh kata sama ada mereka ini benar-benar berminat atau macam mana.

“Saya pun tak pasti sama ada mereka ini mahu melabur secara individu atau dengan syarikat. Apa pun, semuanya bergantung kepada LOI yang kita rasa mungkin akan dapat esok (Jumaat),” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved