Polis Sabah siap sedia hadapi PRU15

25 Mar 2022 • 4:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA KINABALU - Polis Kontinjen Sabah sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, situasi PRU akan berbeza selepas negara dilanda pandemik Covid-19 sekali gus menyebabkan perlunya ada penyesuaian norma baharu ketika ini.

"Kita tidak tahu bila tarikhnya tetapi kita sebagai anggota keselamatan sudah buat (persediaan) dari segi latihan dalam perkhidmatan yang mana kita adakan bengkel-bengkel untuk pegawai dan anggota supaya memperkemaskan semula dari segi undang-undang, peraturan.

"Begitu juga prosedur operasi standard (SOP) dalam keadaan norma baharu ini, dulu lain dan dalam PRU sekarang kita dalam endemik lain sikit.

"Jadi kita nak menyesuaikan mereka ini dengan melatih balik dalam keadaan norma baharu, ada sedikit perbezaaan dengan yang dulu kita laksanakan," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Polis ke-215 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di dataran kawad, IPK Sabah, di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung persiapan polis Kontinjen Sabah dalam menghadapi PRU15.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan barisan kepimpinan IPK Sabah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, anggota dan pegawai polis mungkin akan turut mendapat penerangan daripada pihak berkaitan berhubung persediaan PRU itu nanti.

"Insya-ALLAH, kita akan beri latihan, anggota kita bersedia dan mungkin kita juga dapat input dari pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi penerangan sedikit kepada kita bagaimana nak melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkenaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved