Jangan Guna Aplikasi MyBNM, Waspada Taktik Scammer - Bank Negara

12 Mar 2022 • 1:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar fail

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan supaya tidak menggunakan aplikasi MyBNM kerana penggunaannya sudah dihentikan sejak tahun 2020.

Peringatan tersebut dikeluarkan susulan kewujudan aplikasi MyBNM palsu bagi memperdayakan orang ramai untuk mendedahkan maklumat perbankan peribadi kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Justeru, orang ramai diminta untuk mengabaikan panggilan telefon, mesej atau emel yang mengarahkan mereka untuk memuat turun aplikasi tersebut.

Aplikasi MyBNM merupakan satu kemudahan dalam talian yang pernah disediakan pihak BNM bermula November tahun 2015.

Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, modus operandi terbabit mengakibatkan kerugian sebanyak RM1.19 juta dengan 53 dilaporkan sepanjang tahun 2020.

Jumlah kerugian itu meningkat kepada RM1.7 juta pada empat bulan pertama tahun 2021 membabitkan 57 kes. - Getaran, 11 Mac 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved