Kes bunuh, bakar: Suspek didakwa esok

22 Mar 2022 • 5:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Pengawal keselamatan yang ditahan berkaitan kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek berusia 30-an itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek sebelum ini ditahan reman selepas dipercayai menyebabkan kematian wanita 25 tahun pada 12 Mac lalu.

Mangsa yang juga penyelia kedai buku ditemui rentung dalam bengkel pertanian kemahiran hidup dan dipercayai cuba dirogol.

Polis merakam keterangan seramai 37 individu untuk membantu siasatan berkaitan kes tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved