“Status MySJ Tak Bertukar Kuning” – KJ Umum ‘Casual Contact’ Hanya Akan Dapat Notifikasi

Digital
1 Mar 2022 • 1:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak dinafikan aplikasi MySejahtera sering mudah untuk bertukar-tukar status, lebih-lebih lagi apabila kita terdedah dengan risiko kasual kontak walaupun kita tidak mengetahui dari mana asalnya.

Susulan itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membuat pengumuman di akaun Twitter rasminya bahawa bermula hari ini status risiko kasual kontak tidak akan lagi bertukar kepada kuning.

Sebaliknya, orang ramai hanya akan menerima notifikasi sebagai pemberitahuan tentang kasual kontak jika dikesan dengan kes positif Covid-19 dan hanya perlu mengasingkan diri serta melakukan ujian kendiri sekiranya bergejala.

image is not available

Sebelum ini apabila MySJ Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes +ve, status di MySj akan bertukar kepada Kontak Kasual (kuning). Kini tiada lagi perubahan status.

Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, orang ramai berasa lega dengan perubahan tersebut yang disifatkan sebagai satu penambahbaikan yang dapat menghilangkan kerisauan mereka tentang kasual kontak yang tidak tahu dari mana datangnya.

“Nasib baik, kalau tak, tak pasal-pasal anxiety kejap-kejap tukar jadi kuning,” tulis seorang netizen.

“Macam ni lebih baik, saya dah alami dua kali dah benda ni, tak tahu dari mana dan bila, terima kasih YB,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 jam lalu

"Beli Kit Ujian COVID Dah Beratus Sebulan.." - Rakyat Merungut Kos Hidup Semakin Meningkat, Gesa Jual Lebih Murah