Realme Mengatakan Akan Jual Telefon Snapdragon 8 Gen 1 Lagi Murah Berbanding Yang Lain Di Malaysia

TechnologyDigital
16 Mar 2022 • 10:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme kini menjadualkan acara pelancaran Realme GT2 Pro untuk pasaran Malaysia, pada 24 Mac 2022 kelak. Telefon pintar ini hadir dengan cip pemprosesan mercu terbaru Qualcomm, iaitu Snapdragon 8 Gen 1.

image is not available

Selari dengan mengacah pelancaran Realme GT2 Pro, pihak Realme Malaysia turut mengatakan telefon pintar ini akan ditawarkan pada harga paling mampu milik bagi peranti janaan cip berkenaan.

Bagi ramai pengguna yang inginkan spesifikasi berkuasa, semestinya akan mencari telefon dengan janaan cip ini, dan pada masa sama mungkin sedang melihat kepada harga penawaran pelbagai jenama.

Pada hari ini, terdapat beberapa jenama menawarkan peranti dengan janaan cip ini, termasuk Samsung pada harga bermula RM3499, Xiaomi pada harga bermula RM2899, dan Motorola pada harga RM2699.

Dengan harga jualan ini, adakah kita akan lihat Realme menawarkan telefon pintar berkenaan pada harga RM2599, atau lebih rendah?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved