“Usah Ajuk Kami, Kifarah Itu Benar” – Ras Adiba Tuntut Kak Long Mohon Maaf, Buat Aktiviti Amal

18 Mar 2022 • 11:13 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ahli Dewan Negara yang mewakili golongan OKU, Datuk Ras Adiba Radzi menerusi satu kenyataan media menuntut Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura membuat permohonan maaf secara terbuka. Kak Long juga perlu membuat aktiviti amal sebagai pengajaran.

Jelas Ras Adiba, tindakan Kak Long seolah-olah mempersendakan OKU telah menimbulkan rasa kecewa dan marah komuniti itu. Beliau menegaskan berlakon seperti OKU bukanlah modal ‘content’ dan jadi terkenal di media sosial.

Beliau turut berpesan supaya orang ramai menjaga sensitiviti dan menghormati golongan OKU. Tambahan pula isu ini bukanlah pertama kali berlaku.

Beliau sebagai Presiden OKU Sentral menyeru semua persatuan dan pertubuhan OKU untuk membuat laporan polis terhadap individu berkenaan supaya tindakan dapat diambil mengikut lunas undang-undang.

Kredit: Instagram Ras Adiba Radzi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved