TM henti tawar jalur lebar Unifi Lite, semua pelanggan akan ke fiber menjelang 2025

Technology
14 Mar 2022 • 2:51 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Perkhidmatan jalur lebar Streamyx yang ditukar nama kepada Unifi Lite semakin tiba ke penghujung hayatnya. TM membuat pengumuman yang mereka tidak lagi menerima pendaftaran baharu untuk Internet jenis itu. Dalam masa yang sama, mereka mempergiat usaha memperluas cakupan akses Internet fiber mereka bagi memenuhi keperluan di bawah program JENDELA.

Buat pengguna sedia ada, mereka masih boleh terus menggunakan Unifi Lite namun TM meletakkan sasaran untuk menghijrahkan pelanggan jalur lebar berteknologi kuprum ini kepada fiber sebelum 2025.

image is not available
Penawaran Unifi Lite

Sekiranya anda pergi ke laman rasmi Unifi, lakej Unifi Lite sudah tidak lagi ditawarkan. Ia pernah ditawarkan pada harga RM89 untuk kelajuan 8Mbps. Ia sangat mahal untuk dibandingkan dengan pelan fiber yang sama harga tapi anda dapat capaian internet 30mbps.

image is not available

Setakat Suku 4 2021, TM masih memiliki hampir 280 ribu pelanggan Streamyx tapi ia menunjukkan trend penurunan daripada suku ke suku. Tempoh sewaktu YB Gobind Singh menjadi Menteri Komunikasi adalah masa yang boleh anda lihat betapa pantasnya penawaran Internet dalam landskap Malaysia berevolusi. Beliaulah paling lantang mengkritik kos langganan ADSL yang mahal.

Bacaan berkaitan