Anwar hargai perjuangan Kit Siang, ikrar terus mantapkan HARAPAN

20 Mar 2022 • 6:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 20 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan penghargaan kepada penasihat DAP Lim Kit Siang yang mengumumkan persaraan daripada arena politik hari ini.

Dalam kenyataan di Facebook, presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata KEADILAN bersama DAP, Parti Amanah Negara dan UPKO akan terus memantapkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Terima kasih atas pengorbanan saudara selama ini,” kata ahli parlimen Port Dickson itu yang turut menghadiri Kongres Ke-17 Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Shah Alam, Selangor pagi ini.

Kit Siang, 81, ahli parlimen Iskandar Puteri memaklumkan persaraannya selain menarik diri daripada bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.

Pemimpin veteran itu turut mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved