Doktor Dedah Bahaya Simpan Ubat Demam Lama Sangat Dalam Peti Sejuk

Family & Parenting
1 Mar 2022 • 5:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bagi ibu bapa yang ada anak kecil, ubat-ubatan atau medical kit memang sangat penting untuk kegunaan di waktu kecemasan. Lebih-lebih lagi ubat batuk dan paracetamol syrup.

Kebiasaannya ubat-ubatan ini akan disimpan dalam peti sejuk untuk memastikan ianya lebih tahan lama betul tak? Tapi, tahu tak korang sebenarnya menyimpan ubat terlalu lama dalam peti sejuk mengundang risiko bahaya kepada anak?

Baca penjelasan Dr Ahmad Luqman Bukhari ini.

image is not available

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Dr Ahmad Luqman berkata ramai ibu bapa datang ke klinik memberitahu demam anak tidak kebah walaupun sudah disuapkan ubat demam. Jelasnya, ubat yang disimpan terlalu lama dalam peti sejuk berkemungkinan sudah rosak dan tidak berkesan.

image is not available

Katanya, ubat demam yang dibotolkan di kilang terisi clean air dan ada juga diisi nitrogen. Apabila ubat dibuka, clean air akan terkeluar menyebabkan udara biasa masuk ke dalam botol.

Disebabkan itulah tidak elok sekiranya ubat yang sudah dibuka disimpan terlalu lama apatah lagi berbulan-bulan di dalam peti sejuk.

image is not available

Beliau turut menasihati ibu bapa supaya menyimpan ubat di tempat kering pada suhu bilik tidak lebih dari dua bulan selepas ianya dibuka.

Harap lepas ni mak ayah dah tak simpan ubat lama-lama dalam peti sejuk, kesian pulak anak makan ubat yang rosak, betul tak?

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.