163,645 peluang kerja ditawar di Selangor suku pertama 2022

22 Mar 2022 • 3:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 MAC: Sebanyak 163,645 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ditawarkan di Selangor pada suku pertama tahun ini.

EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau memaklumkan kekosongan jawatan merangkumi sektor pembuatan, pertanian dan pembinaan.

“Jumlah itu berdasarkan data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sehingga Februari lalu,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Sementara itu, Ganabatirau berkata kadar pengangguran di negeri ini menurun kepada 2.9 peratus pada hujung tahun lalu berbanding 3.6 pada suku sebelumnya.

Menurutnya, sehingga kini seramai 105,300 individu masih menganggur mengikut statistik tenaga buruh dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Ini menunjukkan trend positif penurunan kadar pengangguran di Selangor,” katanya menambah data pengangguran suku pertama tahun ini diperoleh pada April.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved