Zarina Anjoulie Didenda RM4000, Mengaku Ambil Dadah Methamphetamine

30 Mar 2022 • 5:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru, Mahkamah Majistret Seremban telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4000 terhadap pelakon sensasi, Zarina Anjoulie di atas kesalahan memasukkan dadah di dalam badannya.

Menurut Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap pelakon tersebut selepas dia mengakui sendiri bahawa dirinya bersalah pada Selasa.

Sepatutnya pendengaran kes Zarina dilakukan pada hari Rabu, namun peguam beliau iaitu Ahmad Faiz Munawar memohon agar dipercepatkan iaitu pada hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Hal terbabit telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman kepada pihak media.

Difahamkan juga, selain dikenakan denda sebanyak RM4000, mahkamah turut menjatuhkan hukuman agar menjalani pengawasan polis selama dua tahun dan jika gagal membayar, tertuduhkan akan dipenjarakan selama empat bulan.

Sekadar info, Zarina didakwa telah menggunakan dadah sejenis Methamphetamine dan ujian air kencing didapati positif dadah.

image is not available 7 bulan lalu

Zarina Anjoulie Tak Mengaku Salah Ambil Dadah Jenis Methamphetamine