Persaingan Sengit Di DUN Bukit Batu, BN Minta Pengiraan Semula

Politics
12 Mar 2022 • 10:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengiraan semula kertas undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N51 Bukit Batu.

Difahamkan, pengiraan semula itu dilakukan selepas diminta Barisan Nasional (BN) apabila keputusan tidak rasmi, menyaksikan calon PKR, Arthur Chiong Sen Sern berjaya memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 115 undi.

Sen Sern mendapat 9,417 undi, manakala calon BN, S Suppayah, memperoleh 9,302 undi daripada 81 saluran.

Kerusi DUN N51 Bukit Batu turut ditandingi calon Perikatan Nasional (PN), Tan Heng Choon dengan 4,011 undi dan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Lee Ming Wen yang meraih 1,349 undi. - Getaran, 12 Mac 2022

View Original Article