MB lancar buku Herba Selangor, hadiah buat rakyat

21 Mar 2022 • 5:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 21 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan buku Herba Selangor Warisan Rahsia Bonda sebagai hadiah buat rakyat negeri ini.

Karya setebal 82 halaman itu ditulis wakil rakyat Hulu Kelang Saari Sungib dan Ahli Jawatankuasa Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PenaWan) Dr Umi Kalthum Ngah.

Amirudin berkata penghasilan naskhah setebal 82 halaman menunjukkan kekayaan Selangor dalam aktiviti pertanian dan pengurusan taman agro yang mampu memacu sektor pelancongan.

“Buku ini manifestasi dari rakyat kepada rakyat. Saya percaya buku ini bukan hanya cerita halia, daun kunyit dan serai, tetapi merujuk kehidupan masyarakat secara kerangka lebih besar bagaimana kehidupan mereka difahami antara satu sama lain.

“Diharap usaha sebegini dapat dirancakkan dan disambut baik terutama dalam kalangan rakyat yang berbakat menulis serta berkarya,” katanya di Bangunan Annex di sini hari ini.

Amirudin menambah herba merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat selain menjadi tradisi pelbagai kaum sejak ribuan tahun.

Sebanyak 1,500 naskhah akan diedar kepada ketua jabatan dan wakil rakyat negeri ini manakala 500 lagi dijual di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam dengan harga RM35.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved