‘Ingat Dah Tak Psiko’ – Mona Allen Dakwa Iqram Dinzly Sengaja Cekik Lehernya

Entertainment
2 Mar 2022 • 11:10 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pelakon Mona Allen dan Iqram Dinzly menjadi topik hangat di kalangan peminat dunia hiburan selepas Mona mendakwa dia telah dicekik berkali-kali oleh aktor terbabit dengan sengaja sewaktu menjalani penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.

Pendedahan itu dilakukan Mona di IG Story selepas tular video aksi ‘mencekik’ berkenaan yang dikongsikan seorang lagi rakan pelakon iaitu Mia Nasir di media sosial.

Menurut Mona, apa yang membuatkan dia menjadi berang ialah tindakan Iqram yang disifatkannya sebagai psiko dan keterlaluan kerana mencekiknya begitu kuat sehingga menyebabkan dia kesakitan.

“Apabila orang suruh berlakon, berlakon jelah, tak payahlah kau buat betul-betul. Method lah sangat. Lepas ni jangan harap nak ada babak sekali, kau punya meroyan sama macam dalam live.

“Ingatkan dah tak psiko, rupanya sejak azali. Bukan sekali dua ya babak dia cekik saya, banyak dan setiap kali memang sakit. Saya sudah cakap elok-elok, tak dengar. Sekarang video dah viral, nanti cakap saya juga yang perangai diva,” tulis Mona.

image is not available

Iqram luah rasa kecewa

Dalam pada itu Iqram menerusi IG Story mendakwa apa yang berlaku adalah tidak disengajakan, sebaliknya Mona hanyalah bersikap diva.

Dia kemudia dilihat berbalas sindiran dengan beberapa lagi rakan pelakon antaranya Mia yang banyak menyebelahi Mona.

Dia bagaimanapun memuat naik satu video memperlihatkan dirinya sedang menangis dipercayai akibat tertekan dengan kontroversi yang sedang melanda.

“Stress dowh setiap hari aku nak mulakan kebaikan pasti ada ujian dugaan yang aku rasa terlalu beban untuk aku tempuhi. Papa I need you!” tulis Iqram.

image is not available

Sudah bertemu Pekin

Dia bagaimanapun dilihat sudah berjumpa dengan suami Mona iaitu aktor, Pekin Ibrahim dipercayai untuk menyelesaikan isu berkenaan.

image is not available

Difahamkan penggambaran drama ini sudah hampir tamat dan kebanyakan pelakon hanya berbaki beberapa babak untuk diselesaikan.