
Kota Kinabalu: Ketua jurulatih Jelius Ating berharap skuad Bawah-21 negeri akan bangkit apabila mereka berdepan Sarawak United dalam perlawanan Kumpulan C saingan Piala Presiden di Stadium Negeri Kuching petang ini.
Di atas kertas, ia akan menjadi satu tugas sukar buat pemain-pemainnya terutamanya dengan pasukan tuan rumah bersemangat tinggi selepas membelasah Kuching City 3-0 dalam aksi pembukaan musim Jumaat lalu, sementara Sabah mengalami kekalahan 3-0 di laman sendiri menentang Sri Pahang.

