DAP tamatkan MoU jika kerajaan tidak lulus RUU anti lompat parti

Politics
20 Mar 2022 • 2:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Memorandum persefahaman (MoU) Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan akan ditamatkan jika rang undang-undang (RUU) anti lompat parti tidak diluluskan.

Pemimpin DAP, Lim Guan Eng berkata, RUU itu sepatutnya diluluskan pada Mac seperti mana yang dijanjikan menerusi MoU berkenaan.

"Kalau kita lihat aturan urusan mesyuarat parlimen esok (Isnin) ada cadangan mesyuarat untuk bentangkan pindaan perlembagaan. (Jadi) kita akan tahu esok.

"Tapi, sekiranya tidak ada pindaan perlembagaan untuk luluskan akta anti lompat parti seperti yang dijanjikan dalam MoU, MoU ini tidak bermakna lagi dan akan dimansuhkan sama sekali,"katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di sini pada Ahad.

Media melaporkan PH mahu RUU anti lompat parti dilaksanakan seperti dimeterai dalam MoU.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan menyatakan, menerusi MoU tersebut, RUU itu perlu dibentang dan diluluskan di Parlimen dalam tempoh tidak lewat daripada mesyuarat pertama Parlimen iaitu sebelum atau pada 24 Mac ini.

Pada masa sama, Guan Eng berkata, PH harus menjalankan kerja komunikasi lebih baik untuk mendapat balik sokongan rakyat.

"Kita tidak harus menyalahkan pihak lain tapi harus lihat diri sendiri macam mana kita boleh betulkan kelemahan yang sedia ada khususnya peratusan undi keluar yang rendah,"katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved