Pembukaan Sempadan, Imigresen Sedia Terima Kemasukan Pengembara

6 Mar 2022 • 5:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Khairul Dzaimee memeriksa dokumen warga asing yang ditahan dalam Op Mega JIM di sebuah kilang di Senai, Kulai.

KULAI - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sentiasa bersedia untuk beroperasi semula sepenuhnya di pintu masuk negara susulan pembukaan sempadan tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, semua sistem laluan automatik (autogate) terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga sudah diaktifkan.

Menurut beliau, pegawai bertugas di pintu masuk yang sebelum ini dihantar ke depoh sementara sepanjang pandemik juga akan dipanggil semula untuk kembali menjalankan tugas asal masing-masing.

“Daripada segi persediaan saya boleh katakan Imigresen telah bersedia terutama di dua pintu masuk utama iaitu KLIA dan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini,” katanya selepas mengetuai Op Mega JIM di sini, malam tadi.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi dan langkah itu katanya, membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak berjumpa dapat pulang ke tanah air, khususnya ketika Aidilfitri, Mei nanti.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pula memaklumkan mesyuarat Kabinet sudah mencapai kata sepakat mengenai pembukaan sempadan negara.

Pintu sempadan negara ditutup sepenuhnya pada 18 Mac 2020 berikutan penularan kes COVID-19 di seluruh dunia.

Penutupan pintu sempadan ketika itu secara tidak langsung memberi kesan terhadap penduduk negeri ini yang berulang alik ke Singapura. - Getaran, 6 Mac 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved