HTC Kembali? – Telefon Mercu Baharu Dijangka Dilancarkan Pada April Ini

TechnologyDigital
2 Mar 2022 • 11:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
HTC One M9

HTC merupakan salah satu jenama telefon pintar, dimana suatu ketika dahulu ia bersaing setara dengan Samsung dalam penawaran telefon Android. Namun, dari tahun ke tahun, populariti dan penawarannya merudum – sebelum hilang dari arena telefon pintar. Kali terakhir kita sedia melihat mereka memperkenalkan telefon pintar HTC Exodus dengan fokus terhadap rantaian-blok dan kriptowang.

Apa pun, kini jenama yang digemari ramai berkenaan dilaporkan akan kembali semula seawal April 2022 ini, melalui pengenalan sebuah telefon pintar baharu.

image is not available

Buat masa ini, info penuh berkaitan dengan telefon pintar akan datang HTC ini masih tidak diketahui. Mengikut perkongsian awal, HTC dijangka mengintegrasikan beberapa ciri-ciri metamesta melaluinya. Ini juga mungkin kerana HTC sedia memfokuskan arena realiti-maya melalui HTC VIve sebelum ini.

Ia tidak diketahui lagi sama ada HTC akan menawarkan telefon pintar ini secara meluas atau sebaliknya. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan telefon pintar terbaru HTC ini tidak lama lagi.