Pekerja subkontraktor DBKL maut dilanggar pemandu mabuk

12 Mar 2022 • 4:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang petugas subkontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang memotong pokok di pembahagi jalan di Jalan Kuching di sini maut selepas dilanggar seorang pemandu mabuk pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.15 pagi berhampiran Bulatan Kepong di sini.

Menurutnya, pemandu lelaki berusia 24 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Sienta cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan orang awam berhampiran kawasan Taman Wahyu di sini.

"Siasatan awal mendapati suspek dari arah pusat bandar sampai di lokasi kejadian telah mengubah laluan ke kanan lalu melanggar kon dan lori serta seorang subkontraktor DBKL yang sedang melakukan kerja pemotongan pokok kecil di pembahagi jalan.

"Mangsa berumur 74 tahun mengalami cedera parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, suspek direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

"Ujian alkohol telah dijalankan terhadap pemandu dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved