Dengan sekeping kertas, masalah bunyi bising penyejuk CPU Intel boleh diselesaikan

Digital
31 Mar 2022 • 4:37 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kalau anda beli CPU Intel masa ini, kebanyakannya akan hadir bersama-sama kipas penyejuk generasi baharu yang dipanggil Intel Laminar Cooler. Ada 3 jenis semuanya, bergantung kepada jenis CPU yang anda beli.

image is not available

Masalah yang seorang pengguna ini rimas sangat adalah penyejuk varian Intel Laminar RM1 agak bising. Dia perasan penyejuk varian RH1 yang disertakan dengan CPU Core i9 jauh lebih senyap dan dia membandingkan apa beza daripada segi rekaan antara RH1 dengan RM1.

image is not available

Dia mendapati yang RH1 ada satu kowl plastik yang mengelilingi kipas. Jadi, dia mereplikasikan kowl tersebut menggunakan sekeping kertas plastic dan memang ada perubahan dengan paras desibel kipas sewaktu operasi.

image is not available

Dengan mengubah saiz kowl, dia mencatatkan berapakah perbezaan paras desibel berbanding dengan saiz kowl 1" Berikut adalah hasilnya.

image is not available

Menurut jadual, kowl berukuran 1" menyebabkan paras desibel paling rendah dan ia meningkat seiring dengan ketebalan kowl. Bila tebal mencapai 3", paras desibel yang terhasil adalah sama seperti tiada kowl.

Namun begitu, sungguhpun paras disebel terendah, prestasi penyejuk agak terjejas apabila dengan kowl 1", suhu maksimum CPU naik 5° C berbanding tanpa kowl. Saiz kowl paling optimum adalah 1.7" apabila suhu maksimum tidak terjejas dan paras desibel berubah paling minimum.

Sumber: Pubby.Games