Ahmad Zahid nafi calon Presiden KLFA

Politics
15 Mar 2022 • 3:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan beliau menjadi calon baharu Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang memenangi Piala Malaysia tahun lalu.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, tumpuannya kini ialah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO sebaik mungkin.

“Melaksanakan sejujurnya amanah diberikan oleh akar umbi untuk mengembalikan kegemilangan UMNO dan BN dalam persada politik tanah air.

“Menunaikan secara bersungguh-sungguh kewajipan untuk memastikan kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan dikembalikan di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media tertentu bahawa namanya kini disebut-sebut bakal menjadi Presiden KLFA yang baharu.

Media terbabit turut melaporkan Presiden KLFA, Khalid Samad yang telah menerajui persatuan itu sejak 2019 dikhabarkan akan melepaskan jawatan dalam Kongres KLFA kali ke-33 di ibu negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved