Netizen Teruja Ikon 'Verified' Muncul Di MySejahtera, KKM Minta Sahkan Segera

23 Mar 2022 • 5:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR – “MySejahtera buat aku rasa jadi retis (artis) pula”.

Demikian antara kata-kata netizen yang teruja apabila ikon verified tiba-tiba muncul di bawah nama mereka pada skrin Daftar Masuk di aplikasi MySejahtera.

Ikon terbaharu itu menjadi bualan hangat netizen sehingga menjadi trending di Twitter sejak semalam.

Tidak kurang ada juga yang tertanya-tanya mengenai kemunculan ikon tersebut.

Menurut jurucakap MySejahtera, tanda ‘Sah’ akan dipaparkan pada akaun aplikasi MySejahtera pengguna yang telah mengesahkan maklumat identiti diri (MySJ) mereka dan tarikh lahir.

Katanya lagi, akaun yang telah disahkan (verified) memastikan ciri-ciri di MySejahtera dapat digunakan sepenuhnya.

“Contohnya, ada yang tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka di MySejahtera kerana belum mengesahkan akaun masing-masing.

“Klik ‘sahkan segera’ sekiranya anda belum mengesahkan MySejahtera anda lagi,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengulang ciapan tersebut dan meminta orang ramai supaya mengesahkan MySejahtera masing-masing bagi mengelak sebarang kesulitan berlaku.

Susulan pengumuman tersebut, orang ramai turut mengikuti tutorial cara yang diberikan MySejahtera untuk mengesahkan akaun masing-masing.

“MySejahtera dah verified. Paid review on!” kata Lyman.

“I dah famous. Thank you MySejahtera,” kata Aurora.

Verified dalam Instagram X. Verified dalam TikTok X. Verified dalam Twitter X. Verified dalam MySejahtera 🗸. Finally I’ve got verified in MySejahtera,” kata Hfaieyzabdullah.

Sementara itu, MySejahtera dalam satu ciapan berasingan turut menggesa orang ramai supaya mengemaskini versi aplikasi MySejahtera yang terkini bagi memastikan semua fungsi terbaru dalam aplikasi tersebut dapat digunakan.

“Notis penting. Sila kemas kini versi aplikasi MySejahtera yang terkini (1.1.8) bagi memastikan semua fungsi terbaru dalam aplikasi ini dapat digunakan.

“Kemas kini melalui Google Playstore/Appstore/Huawei Appgallery sekarang,” katanya. - Getaran, 23 Mac 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved