5 Tips Kekalkan Motivasi Bersenam untuk Warga Emas

Health & Fitness
15 Mar 2022 • 9:00 AM MYT
Duan Deris
Duan Deris

Duan Deris adalah pekebun separuh masa dan penulis bebas di cariblogger.com

image is not available

Apabila usia semakin meningkat, aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal seperti bersenam mungkin boleh menjadi sesuatu perkara yang sukar buat kebanyakkan warga emas. Badan akan menjadi semakin berat untuk bergerak dan motivasi diri juga lambat-laun akan berkurangan.

Meskipun begitu, tidak kira berapa umur anda, aktiviti bersenam telah terbukti berupaya menjadikan kehidupan seseorang lebih sihat dan bahagia. Menurut kajian kesihatan, aktiviti fizikal seperti bersenam mampu untuk meningkatkan tenaga, mood, keyakinan diri, kualiti tidur serta boleh mengurangkan risiko tekanan, kemurungan, demensia, dan penyakit Alzheimer (Sumber).

Berdasarkan informasi dari National Institute of Aging (NIH), berikut adalah 5 tips untuk mengekalkan motivasi bersenam yang boleh anda cuba. Ingatlah, kekal aktif merupakan salah satu cara mudah untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan ke tahap yang lebih baik.

1. Jadikan aktiviti senaman sebagai rutin harian

Untuk langkah pemula, anda boleh cuba masukkan aktiviti senaman yang ringan seperti berjalan perlahan-lahan di sekitar kawasan perumahan pada waktu pagi atau petang sebagai salah satu rutin harian.

Tidak perlu terlalu obses dengan jarak dan kelajuan, asalkan anda komited dan berdisplin untuk mengekalkan konsistensi sudah boleh dikira bagus!

2. Lakukan aktiviti senaman yang menyeronokan

Tiada paksaan di dalam menentukan jenis dan kategori senaman. Anda boleh melakukan apa sahaja aktiviti-aktiviti senaman asalkan ianya membabitkan pergerakan fizikal.

Jika anda mempunyai minat untuk berbasikal, teruskan sahaja niat tersebut. Lakukan apa sahaja aktiviti asalkan anda selesa dan seronok melakukannya.

3. Bersenam sambil bersosial

Adakalanya anda akan merasa bosan dan malas untuk meneruskan rutin senaman jika terlalu kerap berseorangan tanpa kawan. Perkara ini normal dan sering terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina.

Sebagai inisiatif untuk sentiasa mengekalkan motivasi, anda bolehlah cuba bersenam sambil bersosial. Cari kawan yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama untuk melakukan rutin aktiviti senaman bersama.

image is not available
Photo by Sven Mieke on Unsplash

4. Segera kembali ke landasan yang betul jika culas

Andainya anda hilang fokus dan culas, ikhtiar sebaiknya untuk kembali ke landasan yang betul dengan kadar segera. Dapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan jika perlu.

Perkara ini sangat penting untuk memastikan anda tidak hilang motivasi diri dan terus berhenti daripada melakukan apa sahaja aktiviti-aktitiviti senaman yang telah ditetapkan.

5. Sentiasa semak kemajuan diri sendiri

Tetapkan sasaran kendiri dan sentiasa semak apa kemajuan yang telah anda kecapi.

Sebagai contoh, jika anda berjaya menyempurnakan sebarang misi yang telah ditetapkan, catatlah kejayaan tersebut tentang apa, bila, dan bagaimana anda berjaya melakukannya.

Jangan lupa untuk memberikan sedikit sebanyak ganjaran atau ‘self-reward’ setiap kali anda berjaya mencapai matlamat akhir tersebut.


Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.