Pembukaan sempadan: PGA diatur gerak, pantau pintu masuk

29 Mar 2022 • 1:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Pasukan Gerakan Am (PGA) telah diatur gerak untuk membuat pemantauan rapi di kawasan berhampiran pintu masuk negara sebagai persediaan pembukaan sempadan Malaysia pada 1 April ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tumpuan diberikan kepada kawasan utara Semenanjung, Pantai Timur Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak.

"Program turut akan dilancarkan di Kota Bharu, Kelantan dan Kedah oleh PGA untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa polis telah bersiap sedia untuk menangani apa juga perkara yang timbul susulan pembukaan sempadan ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran buku ‘Jenayah Siber di Malaysia’ oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Asia 2022 di sini pada Selasa.

Pada September tahun lepas, PGA menjadi agensi tunggal dalam penugasan keselamatan dan penguatkuasaan sempadan negara susulan penstrukturan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) ke dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilapor berkata, bahawa PGA akan meneruskan semua fungsi yang sebelum ini dilaksanakan Aksem di kawasan sempadan melalui peruntukan undang-undang sedia ada. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved