
Kota Kinabalu: Bekas Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan (gambar) dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama dua tahun berkuat kuasa 14 Mac.
Surat pelantikan disampaikan kepada Sam oleh Pendaftar UMS, Luqman Ridha dalam satu majlis ringkas yang turut disaksikan Dekan FPT, Profesor Dr Normah Awang Besar @ Raffie dan Pengerusi Perhutanan, Datuk Kelvin Tan Aik Pen dan Profesor Dr Berhaman Ahmad dari UMS.
