Empat nelayan Vietnam didenda RM650,000

15 Apr 2022 • 2:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Empat nelayan warga Vietnam didenda sejumlah RM650,000 kerana menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.

Juragan kapal Tran Van Tai, serta anak kapal Nguyen Thanh Tuan, Ngo Lam Vu dan Vo Minh Quang mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, kepada tuduhan terhadap mereka.

Tran didenda RM500,000 atau penjara empat bulan sementara setiap anak kapal didenda RM50,000 atau penjara tiga bulan.

Kumpulan itu ditangkap pada pukul 5.12 petang 27 Mac tahun ini di dalam sebuah kapal asing di Pulau Gaya kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada ketua pengarah Jabatan Perikanan.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perikanan 1985 itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(a) Akta sama dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan denda sehingga RM6 juta untuk juragan, dan RM600,000 bagi setiap anak kapal, jika sabit kesalahan.

Kesemua nelayan Vietnam itu juga diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara mereka.

Mahkamah juga memerintahkan kapal dan peralatan dilucutkkan hak kepada kerajaan Malaysia.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.