Pas belum bincang kerjasama Bersatu-Pejuang

Politics
1 Apr 2022 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Pas belum mengadakan sebarang perbincangan berhubung cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bekerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Pas, Senator Datuk Idris Ahmad berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu melalui laporan media.

"Kita belum bincang. Hanya tahu melalui media sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Sambutan Ihya' Ramadan Peringkat Kebangsaan dekat sini pada Jumaat.

Sebelum ini, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dua minggu lalu untuk perbincangan awal berhubung cadangan gabungan parti dalam PRU15.

Pas merupakan parti gabungan di bawah Perikatan Nasional bersama Bersatu sejak 2020.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved