Lebih 3,000 kes Covid-19 di Petaling

3 Apr 2022 • 11:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Mukim Petaling mencatatkan kes paling tinggi Covid-19 apabila sebanyak 3,028 kes itu direkodkan setakat jam 11.59 malam Sabtu.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan jumlah ersebut merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Selangor iaitu sebanyak 8,662 kes pada hari sama.

Menurut hantaran tersebut, jumlah keseluruhan membabitkan 8,569 kes komuniti, empat kes penjara dan 89 kes Import A.

"Di mukim Petaling, daerah yang mencatatkan kes tertinggi Covid-19 ialah Petaling iaitu sebanyak 1,400 kes diikuti Damansara sebanyak 1,139 manakala Sungai Buloh mencatatkan 332 kes dan dan Bukit Raja, 156 kes," katanya.

Tambah beliau, selain itu, mukim kedua tertinggi kes Covid-19 ialah Gombak iaitu 1,602 kes diikuti dengan Hulu Langat (1,566) dan Klang (1,271).

Dalam pada itu, JKNS turut memaklumkan beberapa mukim di Selangor terus mencatatkan bilangan kes Covid-19 di bawah 1,000 kes iaitu Kuala Langat (555), Kuala Selangor (234), Sepang (226), Hulu Selangor (106) dan Sabak Bernam (74).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved