Enam banduan sudah ditahan

13 Apr 2022 • 1:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JELEBU - Polis sudah menahan enam daripada tujuh banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu Ahad lepas.

Ketua Polis daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, sebelum ini tiga daripada mereka ditahan di kawasan semak Jalan Purun di Kuala Klawang kira-kira jam 10 malam pada Selasa.

Maslan memberitahu, banduan berkenaan ialah seorang warga asing dikenali sebagai Zainuddin, 62 dan dua warga tempatan iaitu Mazlan Samah, 39, dan Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28.

"Mahkamah Jelebu membenarkan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan selama empat hari sehingga Sabtu ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, operasi mengesan seorang lagi banduan, Muhammad Syafiq Rohmat atau Umai, 32, masih diteruskan.

Maslan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung empat banduan terbabit menyalurkannya di balai polis berhampiran atau huhungi IPD Jelebu ditalian 06-6136222 atau pegawai penyiasat Inspektor Zuria Anis Mahassan 016-6096996.

Media pada Ahad melaporkan tujuh banduan yang menjalani tahanan reman di Penjara Jelebu di sini, melarikan diri.