Oppo Enco Air2 Pro Hadir Dengan Ketahanan Bateri Hingga 28 Jam

TechnologyDigital
13 Apr 2022 • 10:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Seiring pengenalan siri Oppo F21, barisan aksesori audio Oppo di India turut dikemaskini dengan variasi produk baharu. Melaluinya, Oppo Enco Air2 Pro diumumkan dengan beberapa tumpuan utama seperti menyokong pembatalan hingar aktif dan ketahanan bateri mencapai 28 jam lamanya.

image is not available

Mengulas lebih lanjut mengenainya, ia hadir dengan rekaan fon telinga dalam telinga bertangkai bersama pod pengecas berbentuk bujur. Seterusnya, ia turut didatangkan dengan dua mikrofon terbina yang mampu mengurangkan hingar untuk pengalaman panggilan lebih baik. Pemandu audio pula sebesar 12.4mm yang turut menyokong sistem pembatalan hingar aktif berasaskan AI terbina.

Tidak ketinggalan, ia turut menyokong teknologi Smart In-ear Detection yang membolehkan audio berhenti dimainkan secara automatik apabila fon telinga tidak digunakan. Kemudian, audio dimainkan semula apabila fon telinga digunakan. Spesifikasi lain yang menyokong termasuklah penarafan kalis air IP54, tambatan pantas menerusi bluetooth 5.2, mod permainan dengan latensi 94ms, kawalan sesentuh terbina dan sebagainya.

image is not available

Ketahanan bateri ada mencapai 28 jam dengan bantuan pod pengecasan. Ia kemudiannya berkurang kepada 7 jam untuk main balik secara berterusan. Pengecasan selama 10 minit pula membolehkan masa main balik audio selama 2 jam. Oppo Enco Air2 Pro dijual pada INR3,499 (~RM194).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved