Huawei Mate Xs 2 Kini Rasmi Dengan Skrin Melipat Keluar, Snapdragon 888 Dan Sokongan Stylus

TechnologyDigital
28 Apr 2022 • 9:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei Mate Xs 2 akhirnya dilancarkan secara rasmi hari ini dengan rekaan skrin melipat keluar sama seperti model-model terdahulu. Beberapa ura-ura yang mengatakan Huawei akan menggunakan lebih mirip Galaxy Z Fold nampaknya tidak menjadi kenyataan. Apabila dalam kedudukan terbuka peranti mempunyai skrin OLED sebesar 7.8″ dan 6.5″ apabila dilipat yang menyokong kadar segar semula 120Hz.

image is not available

Peranti walau bagaimanapun hanya dilengkapi cip Snapdragon 888 4G yang sama dengan yang digunakan pada P50 Pro yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Ini dipadankan dengan memori sehingga 12GB LPDDR5, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4880 mAh yang menyokong pengecasan 66W.

image is not available

Tri-kamera utama menggabungkan sensor 50+13+8MP dan kamera swafoto pula sebesar 10.7 MP. Terdapat sokongan zum optikal sehingga 8 kali. Seperti model terdahulu, tri-kamera utama diletakkan pada bahagian sisi secara menegak.

image is not available

Rekaan tubuh kukuh kerana menggunakan bahan titanium untuk lebih tahan lasak. Seperkara yang menarik ialah skrin nampaknya tidak mempunyai sebarang kesan lipatan yang ketara. Ia turut menyokong penggunaan stylus M-Pen 2S.

image is not available

Di China Huawei Mate Xs 2 dijual pada harga RMB 9999 (~RM 6592) untuk model 8/256GB, RMB 11,499 (~RM 7581) untuk model 8/512GB dan RMB 12,999 (~RM 8570) untuk model 12/512GB dalam tiga pilihan warna hitam, putih serta ungu.

image is not available