Budayakan nilai integriti, tingkat kualiti perkhidmatan

12 Apr 2022 • 1:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Masyarakat Sabah disaran merebut peluang untuk memohon dana pembangunan koperasi sehingga RM300,000 yang ditawarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Ahli Lembaga Pengarah SKM, Julie Sabran berkata, syarat utama mendapatkan dana itu adalah pemohon perlu menubuhkan koperasi terlebih dahulu.

Menurutnya, ia bukanlah pinjaman yang perlu dibayar semula, tetapi sebaliknya dana itu merupakan bantuan kewangan daripada kerajaan melalui SKM untuk memajukan lagi perniagaan sesebuah koperasi.

Terdapat banyak faedah untuk menyertai koperasi, termasuk peluang untuk memohon dana sehingga RM300,000 itu.

“Justeru, saya menyarankan masyarakat Sabah agar merebut peluang ini dengan membuka dan seterusnya memajukan koperasi mereka,” katanya pada sidang media sejurus menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Bakul Makanan Kepada Saudara Baharu, di Masjid Jamek Pekan Beluran, Ahad lepas.

Menurutnya, ketika ini syarat menubuhkan sesebuah koperasi adalah sangat mudah dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja.

Jelasnya, pelbagai bentuk koperasi boleh diwujudkan termasuk koperasi masjid, koperasi berkaitan belia ataupun koperasi berkaitan wanita.

Mengulas lanjut, Julie berkata data perangkaan berakhir Jun tahun lalu mendapati, Sabah mempunyai 1,623 buah koperasi dengan jumlah keahlian seramai 333,206 orang.

Tambah beliau, lebih membanggakan, Sabah berjaya mencapai perolehan lebih RM207 juta.

“Buat masa sekarang SKM Sabah juga mempunyai prestasi yang sangat memberangsangkan.

“Ini kerana sebanyak 1,623 koperasi telah tertubuh di seluruh Sabah dengan keahlian seramai 333,206 anggota.

“Baru-baru ini juga kita merekodkan perolehan sebanyak RM207,541,82.

“Justeru, ini sangat membanggakan untuk SKM Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat Sabah segera merebut peluang yang tersedia ini dan seterusnya mengambil langkah awal dengan menubuhkan koperasi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article