Maybank Buat Pelanggannya 'Tercabut Jantung', Tiba-Tiba Baki Akaun Tinggal Kosong! Ini Puncanya...

25 Apr 2022 • 2:51 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Siapa tak cemas kalau buka-buka aplikasi perbankan kita tengok baki wang simpanan menunjukkan angka kosong?!

Itulah situasi yang berlaku kepada majoriti pelanggan Maybank yang terkejut ketika menyemak akaun bank masing-masing serta tampil memenuhi ruangan komentar di pelbagai media sosial pada pagi Isnin.

image is not available

image is not available

Sementara itu, Maybank menerusi akaun rasmi Twitternya memaklumkan semua aplikasi perbankan dalam taliannya sedang mengalami pengaksesan yang perlahan ketika ini.

Maybank memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pelanggan dan pihaknya sedang menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin.

"Kesabaran dan kerjasama anda amat dihargai," kata Maybank kepada pelanggannya.