Sistem Haptik Pada Wajah Untuk Peranti Realiti Maya Kini Menjadi Realiti

TechnologyDigital
28 Apr 2022 • 10:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Terdapat pelbagai usaha untuk memberikan pengalaman haptik ketika menggunakan peranti realiti maya atau realiti terimbuh. Terdapat sut khas, sarung tangan dan pelakat yang membolehkan apa yang dilihat dalam dunia VR dirasakan di dunia sebenar. Penyelidik dari Future Interfaces Group di Carnegie Mellon University telah menghasilkan pula sistem haptik untuk bahagian wajah.

Dengan sistem ini pengguna boleh merasakan sarang lelabah menyentuh muka, cecair memercik ke wajah selepas ditembak dan melakukan simulasi air menyentuh bibir seakan sedang minum. Pengalaman sentuhan pada bahagian bawah wajah serta bibir ini boleh dilakukan pada paksi X, Y dan Z. Secara teorinya ia boleh membuatkan pemakai merasakan sentuhan pada bibir, gigi dan juga lidah.

image is not available

Sistem transduser ultrasonik digunakan pada sistem yang dibangunkan dengan ia dipadamkan pada sebuah Meta Quest 2.