Petronas sahkan seorang kakitangan ditahan SPRM

9 Apr 2022 • 9:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada Sabtu mengesahkan salah seorang kakitangan eksekutif peringkat rendah kumpulan itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam rasuah.

Dalam kenyataannya, syarikat minyak dan gas negara itu turut menegaskan bahawa ia komited untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan tersebut dan menentang keras sebarang bentuk salah laku melibatkan kakitangannya.

"Petronas telah bekerjasama erat dengan SPRM sejak 2012 dan akan meneruskan usaha itu bagi membendung rasuah dalam kumpulan ini.

"Malah, kumpulan ini mengamalkan toleransi sifar terhadap gejala rasuah dan akan terus memanfaatkan mekanisme dalaman bagi membendung salah laku terbabit,” katanya.

Menurut Petronas, Kod Tatalaku dan Etika Perniagaa kumpulan itu jelas melarang sebarang permintaan tidak wajar, rasuah dan salah laku melibatkan kakitangan, pengarah dan pihak ketiga yang menjalankan kerja atau perkhidmatan untuk serta bagi pihak syarikat-syarikat dalam kumpulan tersebut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved