Penghantar makanan maut kemalangan, tak sempat bergelar bapa

12 Apr 2022 • 2:03 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki berusia 24 tahun tidak dapat merasai pengalaman tersebut apabila dilaporkan maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan dua motosikal dan sebuah van.

Menurut The Straits Times, mangsa, Jason Tan, bekerja sebagai penghantar makanan sedang cuba menyelesaikan 13 pesanan sebelum menerima inisiatif yang ditawarkan oleh syarikat penghantaran tersebut.

Namun malang tidak berbau apabila mangsa terlibat dalam kemalangan di Gambas Avenue, Singapura.

Menurut polis, mereka menerima panggilan berikutan kemalangan kira-kira jam 1 petang pada 10 April lalu.

Kematian mangsa disahkan oleh Singapore Civil Defence Force.

Polis menahan pemandu van yang berusia 36 tahun atas kecuaian sehingga menyebabkan kematian.

image is not available
Kredit foto: Shin Min Daily News

Menurut abang mangsa, Jeremy Tan, ini bukanlah rutin hujung minggu adiknya untuk bekerja.

“Kebiasaannya pada hujung minggu adik saya tidak akan keluar bekerja sekiranya adik ipar saya tidak bekerja.

“Tetapi pagi ini dia tetap bekerja walaupun terlewat bangun pada pukul 9 pagi. Mungkin disebabkan isterinya kini sedang hamil, dia tetap keluar bekerja untuk mendapatkan wang lebih bagi persediaan menimang cahaya mata.

“Tidak ada ibu bapa yang menginginkan zuriat sekiranya tidak mampu menyediakan kelengkapan buat mereka,” ujar Jeremy.

Menurut abangnya lagi, adik iparnya sedang hamil tiga bulan dan pasangan berkenaan bercadang untuk ke pasar malam di Ang Mo Kio pada ahad sebelum pulang ke rumah untuk bermain mahjong bersama keluarga.

Dia menyifatkan adiknya itu membawa kebahagian kepada keluarga dan sering membuat mereka ketawa.

Pasangan itu dikatakan telah bercinta selama enam tahun sebelum berkahwin pada 5 Mac lalu.

Sehingga hari ini, kes kemalangan masih lagi dalam siasatan.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI