Mercun, bunga api bernilai RM40,000 dirampas

21 Apr 2022 • 1:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki warga tempatan dan merampas pelbagai jenis mercun serta bunga api tanpa lesen bernilai RM40,000.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 30 dan 33 tahun itu ditahan sepasukan anggota anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, dalam dua serbuan.

Katanya, serbuan dilakukan di Masai dan Pasir Gudang kira-kira jam 10.50 malam pada Rabu sehingga 12.05 pagi pada Khamis.

"Antara yang dirampas ialah 10 guni mercun bola dan 22 kotak mercun pelbagai jenis.

"Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula Khamis. Kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Mohd Sohaimi mengingatkan semua pihak agar tidak menawarkan apa-apa penjualan mercun secara dalam talian dan penjualan secara terbuka perlu mendapatkan lesen daripada polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved