“In Future Ada Sijil MDA Atau Sirim, Baru Boleh Jual Mask” – Jovian Mandagie

8 Apr 2022 • 8:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menguatkuasakan perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan telah mendapat respon kurang senang orang ramai.

Rata-rata mempersoalkan mengapa perakuan penandaan SIRIM itu dibuat selepas dua tahun negara bergelumang dengan pandemik.

Terbaru, pereka fesyen Jovian Mandagie yang merupakan menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengguna pelitup muka jenamanya tidak perlu risau kerana pelitup muka itu diiktiraf oleh Medical Device Authority (MDA).

Jovian berkata demikian dipercayai kerana ada yang bertanya adakah pelitup mukanya selamat untuk digunakan.

Katanya lagi, pengguna boleh menggunakannya tanpa was-was kerana ianya diiktiraf MDA sejak 2020 lagi.

Undang-undang SIRIM dilakukan untuk banteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran. Terutamanya yang tak ada MDA certs.

Jovian memaklumkan di masa hadapan sijil MDA atau SIRIM diperlukan barulah pelitup muka boleh dijual di pasaran. Pengguna juga boleh membuat pilihan dengan bijak.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved