De Gea tidak sabar bekerjasama dengan Ten Hag

Football
22 Apr 2022 • 11:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENJAGA gol Manchester United, David de Gea tidak sabar untuk bekerjasama dengan Erik ten Hag selepas bekas pengendali Ajax itu sah diumumkan sebagai pengurus baharu Manchester United, pada Khamis.

Menurut De Gea, dia gembira akhirnya mendapat tahu identiti sebenar pengurus baharu United dan berharap pasukan itu dapat memberi tumpuan penuh untuk menamatkan musim ini di kedudukan empat terbaik.

“Saya amat teruja apabila kelab ini telah membuat keputusan untuk mengumumkan Erik Ten Hag sebagai pengurus baharu.

“Dia seorang pengurus yang hebat apabila berjaya membawa Ajax hampir layak ke final Liga Juara-Juara Eropah, memenangi beberapa gelaran domestik selain berjaya membangunkan pemain-pemain muda. Saya fikir dia memiliki gaya bola sepak yang amat baik.

“Jadi, amat bagus apabila kami mengetahui Ten Hag bakal mengemudi kelab kerana sudah pasti dia sudah melihat perlawanan kami dan berfikir mengenai bagaimana dia boleh meningkatkan kami. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya,” katanya.

Pada Khamis, United menamakan pengendali Erik ten Hag sebagai pengurus baharu The Red Devils bagi menggantikan pengurus sementara Ralf Rangnick bermula hujung musim ini.

Untuk rekod, Ten Hag merupakan pengurus tetap kelima dilantik kelab gergasi Inggeris tersebut sejak Alex Ferguson bersara pada 2013 selepas David Moyes, Luis van Gaal, Jose Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved