Kepala Alat Sulit Terpotong Ketika Berkhatan, Ini Jumlah Ganti Rugi Yang Diperoleh Pemuda Berkenaan

7 Apr 2022 • 8:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Terdapat satu kejadian dimana seorang pemuda yang kini berumur 22 tahun terpotong kepala alat sulit sewaktu berkhatan pada usianya 12 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu membuatkan Mahkamah Tinggi membenarkan tuntunan tuntutan saman yang memperoleh ganti rugi sehingga RM3.1 juta.

Pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor dianggap telah melakukan kecuaian terhadap kejadian yang berlaku dan ianya diputuskan Hakim Datuk Akhtar Tahir.

Kesemua defendan diminta membayar ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000, ganti rugi teladan RM500,000 dan kos RM100,000 dibayar kepada plaintif.

Diharapkan kejadian sebegini tidak berlaku lagi kerana kecuaian orang lain, kita yang jadi mangsa. Semoga perkara ini juga memberi pengajaran buat semua pihak yang bertanggungjawab dalam hal sebegini di luar sana.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.