“Nampak Tenang Tapi…” – Suami Kantoi Berduaan Di Bulan Puasa, Netizen ‘Salute’ Isteri Masih Cakap Dengan Lembut

Entertainment
7 Apr 2022 • 3:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selalu kita tengok video viral tentang kecurangan ni pastinya pasangan yang dicurangi itu akan ‘naik angin’ atau melenting kan?

image is not available 4 hari lalu

(VIDEO) “Aku Tak Kira Allah Ke Apa..” - Kantoi Curang, Netizen Geram Si Suami Siap Gelak Sarkastik

Tapi, berbeza pula dengan seorang isteri dari Indonesia ini yang mendapat perhatian warganet di TikTok baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik, wanita itu telah menangkap suaminya sedang berdua-duaan dengan perempuan lain dalam sebuah bilik gelap.

Selepas pintu bilik dibuka, perempuan tersebut yang terkejut dengan kehadiran si isteri terus mengemas beg dan mahu beredar.

Dalam keadaan sedang hamil 6 bulan, wanita itu dilihat masih mampu tersenyum dan bertanya dengan baik.

Ramai netizen memuji wanita tersebut kerana masih boleh bercakap dan berkomunikasi dengan sabar meskipun telah dicurangi di depan mata.

Ada yang berkata mereka tidak dapat bayangkan bagaimana reaksi jika situasi begitu berlaku kepada mereka selain ada yang berkongsi pengalaman sendiri.

image is not available