550 warga DUN Sungai Pelek dapat baucar beli-belah sempena Aidilfitri

11 Apr 2022 • 7:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 APRIL: Seramai 550 penduduk berpendapatan rendah (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek menerima baucar Jom Shopping sempena Hari Raya Aidilfitri.

Wakil rakyatnya Ronnie Liu berkata baucar beli-belah bernilai RM100 yang diagihkan baru-baru ini boleh ditebus di Pasaraya CLC Sungai Pelek untuk membeli barangan keperluan.

“Semoga sumbangan Kerajaan Selangor ini sedikit sebanyak menceriakan orang ramai untuk menyambut perayaan akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Ronnie berkata agihan bubur lambuk yang juga acara tradisi di DUN berkenaan diteruskan tahun ini bagi menyantuni masyarakat sempena Ramadan.

“Aktiviti memasak dan menyediakan 500 pek bubur lambuk ini dibuat secara bergotong-royong bersama penduduk setempat kemudian diedarkan di tiga kawasan berkenaan,” katanya.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan B40 sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved